Thursday, August 7, 2008

NIK AZIZ NIK MAT ; ALLAH SAMSENG?

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Harun Mahmud Hashim berkata, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina Allah sebagai `samseng'.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya siasatan mendapati beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya ada laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Kelantan itu.

Selain itu, pendakwaan pula mesti mengambil kira keseluruhan isi ucapan Mursyidul Am Pas itu.
Harun memberitahu Utusan Malaysia hari ini ketika mengulas ucapan Nik Abdul Aziz yang antara lain menyebut Allah sebagai `Tuhan samseng (lagi) sombong' yang mencetuskan polemik.

Kenyataan Nik Abdul Aziz telah membangkitkan kemarahan ramai sehingga mereka mahukan Mursyidul Am Pas itu menarik balik dakwaan tersebut dan seterusnya bertaubat.

Bekas hakim itu menambah: ``Kenapa dia (Nik Abdul Aziz) boleh bercakap sehingga sampai peringkat menyebut perkataan samseng itu.``Kalau hendak buktikan dakwaan terhadapnya, kita kena ambil isi ucapan penuh.''

Menurutnya lagi, walaupun ada pihak berpendapat isu membabitkan Nik Abdul Aziz boleh juga ditangani mengikut Seksyen 298A, beliau menganggap pendakwaan Seksyen 298 lebih tepat.

Seksyen 298 yang terdapat dalam Bab 15 _ Darihal Kesalahan-Kesalahan Berkenaan Dengan Agama adalah mengenai, menyebut perkataan-perkataan dan lain-lain dengan niat tetap hendak melukakan perasaan keagamaan mana-mana orang.

Seksyen 298A pula menyabitkan seseorang yang menggunakan agama untuk mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci membenci, niat jahat atau memudaratkan.

Seksyen 298 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara setahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Mengulas isu `Allah samseng' ini, peguam Mohd. Zaid Ibrahim pula berkata, peruntukan dalam kanun itu jelas menyebut bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang menyebut perkataan-perkataan dengan niat tetap hendak melukakan perasaan keagamaan mana-mana orang.

Oleh sebab itu, katanya Nik Abdul Aziz boleh didakwa mengikut kanun (keseksaan) ini.
Beliau berkata, siasatan boleh disegerakan jika terdapat aduan polis dibuat oleh orang ramai terhadap Menteri Besar Kelantan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, setahunya sehingga kini tidak ada satu pun laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak ke atas Nik Abdul Aziz.

Polemik isu tersebut tercetus apabila Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan klip video pada 26 Julai lalu memaparkan sedutan ucapan Nik Abdul Aziz yang menyebut Allah sebagai `Tuhan samseng (lagi) sombong.'

Mursyidul Am Pas itu juga mendakwa, sepasang nama Allah berbunyi Al-Jabbaarul-Mutakabir membolehkan Allah dianggap bersifat seperti manusia yang mempunyai serba kelemahan.

Tegas Nik Abdul Aziz: ``Kalau mu samseng, Aku (Tuhanmu) lebih samseng, kalau mu jahat, Aku (Tuhanmu) lebih jahat, dan kalau mu sombong, Aku (Tuhanmu) lebih sombong.''

Sehubungan itu, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman semalam menasihatkan Menteri Besar Kelantan itu supaya bertaubat kerana menyamakan sifat buruk manusia dengan Allah.

Tegas Abdul Hamid, Nik Abdul Aziz perlu kembali ke pangkal jalan kerana beliau telah membuat satu kesalahan besar dalam akidah Islam dengan memanggil Allah samseng.

Semalam, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Abdul Monir Yaacob berkata, isu tuduhan `Allah samseng' sewajarnya ditangani secara perundangan bukannya mengeluarkan fatwa.

Ini kerana, katanya, soal itu bukan perkara khusus mengenai agama dan tidak membabitkan ulama biasa.

Katanya, jika perkara itu ditangani menerusi fatwa, dikhuatiri pada masa depan, Majlis Fatwa Kebangsaan mungkin terpaksa mengeluarkan lebih banyak lagi fatwa.

Ini berlaku, katanya, apabila ahli politik yang tidak bertanggungjawab menggunakan istilah lain pula.

5 comments:

sss said...

Erm...bagaimana pula kandungan penuh ucapan berkenaan ?
Kita tak boleh membuat kesimpulan berdasarkan sebahagian daripadanya sahaja.
Berkemungkinan apa yang diucapkan membawa maksud yang berlainan.

Tawakkal said...

Wahai hamba ALLAH, ingatlah kamu bahawa nabi pernah bersabda yang bahwasanya ULAMAK ITU PEWARIS NABI, jangan lihat perkataan NIK AZIZ itu dari buruknya cuba dilihat dari segi baiknya. Berdosa BESAR kalau kamu menuduh tanpa menyiasat makna sebenarnya, tambahan pula kamu menuduh Alim ULAMAK yang dikasihi ALLAH

Tawakkal said...

BERTAUBATLAH KAMU WAHAI HAMBA ALLAH

dhomnirhahs said...

alim ulamak yang dikasihi allah ? tawakkal, ko P.A Allah ke tau sapa yang dikasihi Allah?

malik said...

kenapa sehingga skrg tidak didakwa dan dibuat laporan polis terhadap nik aziz menggunakan ucapan penuh beliau??

jwpnnye sng..kerana bila diteliti ucapan penuh nik aziz..ternyata beliau tidak melakukan apa2 kesalahan disudut undang2 negara ataupun disudut syariah...

jika diteliti separuh ayatnye itupun kita dpt mengetahui maksud sebenar nik aziz(jika dipahami dgn dialek2 kelantan)...

mksd disitu ialah nik aziz ingin mengatakan bahawa Allah maha besar..sekuat mn manusia..Allah maha kuat...

jgnla mentafsir mengikut kefahaman sndr saudara..tafsir dgn ilmu2 bhs arab sekali...