Thursday, August 7, 2008

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT BUKAN ULAMAK ISLAM

AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR
Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين
Yang bermaksud : “ wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” .(Al Hujurat ayat 6)

Allah juga Berfirman :
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al Israk 36).
Allah berfirman:

“Wajiblah ada di antara kamu suatu tempat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang yang berjaya (bahagia).” (ali-Imran: 104)

Berfirman Allah Ta’ala lagi:

“Kamu sekalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.” (ali-Imran : 110).
.
Ayat tersebut menunjukkan bahwa tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar itu paling utama sekali kerana Allah telah memberi kepujian kepada orang yang menjalankan tugas ini, sebagai sebaik-baik ummat di atas muka bumi ini.
.
Allah berfirman ;
.
“Dan tolong-menolong kamu atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)

Perintah ini adalah suatu kemestian dan maksud tolong-menolong itu ialah mengajak melakukannya dan mempermudahkan jalan kepada melakukan kebajikan serta menutup jalan-jalan yang boleh menyampaikannya kepada kejahatan, dan permusuhan sekadar kemampuan.
.
Ketahuilah, bahawasanya amar ma’ruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah melakukan kejahatan) adalah puncak tertinggi dalam agama. Ia merupakan suatu soal yang amat penting sekali, yang kerananya Allah s.w.t. telah mengutuskan para Nabi sekalian. Andaikata tugas ini dilengahkan dan segala jentera amar ma’ruf dan nahi munkar itu dicuaikan, sama ada dalam ilmu pengetahuan mahupun amalan, tentulah kesesatan bermaharajalela dan kejahilan terus akan melanda setiap orang, dan ketika itu negara akan menjadi rosak binasa manakala rakyatnya menjadi kacau bilau.
.
KEADAAN UMAT ISLAM YANG TERGUGAT


Fenomena politik yang meruncing hari ini adalah peluang baik bagi golongan wahhabi di Malaysia untuk menyebarkan dakyah mereka melalu pelbagai saluran sama ada media masa atau media cetak. Pelbagai teknologi yang canggih pada hari ini telah digunakan semaksimum mungkin oleh mereka supaya seruan membawa fahaman itu ke peringkat kenegaraan lantas menjatuhkan dan melemahkan kesatuan rakyat dan umat islam itu sendiri.

.

Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah nama yang amat dikenali oleh penduduk Kelantan. Selain memegang jawatan sebagai memteri besar beliau juga merupakan tokoh agamawan. Beliau senbenarnya bukan berpendidikan pondok tetapi bekasan pelajar universiti Darul Ulum India kemudian menyambung pengajian di Al-Azhar. Seawal kepulangan beliau daripada timur tengah beliau tidak berserban tetapi selepas dinasihatkan dan memandang perkara tersebut boleh menambat hati rakyat Kelantan, beliau memakainya sehingga sekarang. Beliau pernah menyifatkan pendidikan pondok sebagai jumud dan "berada dibawah tempurung".

KETERLIBATAN NIK AZIZ DALAM AKIDAH TASHBIH DAN TAJSIM
.
Perseolannya benarkah beliau merupakan seorang ulamak??.
Untuk menjawab soalan itu mari kita lihat kitab hasil karya beliau ;
.

Bukti kitab di atas benar-benar menunjukkan Akidah Nik Abdul Aziz Nik Mat benar-benar menyeleweng daripada ajaran agama Islam yang sebenar..

Cuba perhatikan betul-betul kata Nik Abdul Aziz Nik Mat ini ;

" Kalau diterjemah cara kampung istawa ertinya duduk bersila seperti saya duduk bersila sekarang ; di panggil istawaitu aku duduk bersila. Tuhan cakap lepas daripada buat langit bumi, Aku duduk bersila di atas Arasy itu kalau bubuh makna cara kampung tetapi jangan di ulang-ulang takut di marah orang ".

Kitab inilah antara kitab paling mentashbihkan tuhan dengan makhluknya yang pernah penulis jumpa..karangan NIK AZIZ NIK MAT.

Mari kita lihat apa kata ulamak bagi mereka yang beriktiqod Allah duduk ;

AL-WAHHABIYYAH MUJASSIMAH MUSYABBIHAH KElUAR ISLAM SECARA IJMA’

Thoib..disini penulis nukilkan sedikit sahaja (ada dengan penulis berlambak lagi) dari ulama’-ulama’ yang menghukumkan Al-Wahhabiyah Mujassimah dan Musabbihah sebagai keluar dari ajaran islam secara ijma’, antaranya ialah ulama’ulama’ Mazhab yang empat, Imamuna Abu Hasan Al-Asy’ary, dan tidak lupa setengah daripada ulama’-ulama’ tanah air kita yang tercinta.

1. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Asy-Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan : “ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”. Kenyataan Imam Asy-Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Asy-Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah. Imam Asy-Syafie rahimahullah turut mengkafirkan orang yang berakidah ' Allah Duduk'. Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi wa Rajmul Mu'tady menukilkan dari Al-Qodi al-Husain bahawa Imam Asy-Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk di atas arasy maka dia KAFIR ”.

2. Mari kita lihat pandangan ulama’ Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafiy menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah : “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

3. Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hanbal dan para ulama mazhab Hanbali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan : “ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hanbali yang masyhur. Manakala seorang ulama mazhab Hanbali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqiy Al-Hanbaliy dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan : “ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.

4. Begitu juga Imam al-Maliky dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah. Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah : “ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Asy-Syafie, Imam Maliky, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.

5. Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir : “ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” . Kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud : “ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya”.

HUKUM ORANG YANG BERI’TIKOD ALLAH DUDUK DAN MEMPUNYAI TEMPAT

Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani rahimahullah

Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani (wafat 1265H/1297H) dalam kitab Al-Jawahir Al- Saniyah m/s 6 mengatakan: “ Dan barangsiapa mehinggakan zat Allah Ta’ala pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah Ta’ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.”

Syeikh Nur Al-Din Al-Rahiri rahimahullah

Syeikh Nir Al-Din Al-Rahiri berkata kitab Sabil Al Muhtadin jilid 1 m/s 203 : “ Tiada sah mengikut bid’ah yang jadi kafir seperti mengiktikadkan bahawa Allah Ta’ala itu tiada mengetahui akan juz’iyat dan ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan ba’ath dan hasyr dan demikian lagi kaum mujasimmah dan yang mengiktikad bahawa Allah Ta’ala berjihah”.

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari rahimahullah

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (wafat 1227H) dalam kitab Sabil Al Muhtadin jilid 2 m/s 37 berkata: “Adapun yang jadi kafir dengan bid’ahnya seperti yang beriktikad bahawa Allah Ta’ala tiada mengetahui akan segala juz’iyat dan yang ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan bangkit dari dalam kuburdan berhimpun di Mashyar dan demikian lagi kaum mujassimah dan yang berikitikad bahawa Allah Ta’ala berjihah maka tiada sah mengikut mungkin dia seperti sekalian kafir yang lain.”.

Al-Faqir ilallah;

http://www.abu-qusyairy.blogspot.com/

abuqusyairy@yahoo.com

17 comments:

Tawakkal said...

TUNJUKKAN BUKTI YANG NIK AZIZ ITU BUKANNYAA ULAMAK

naimMD said...

ada sorang tokoh bidang fekah di kelantan...namanya tak perlu disebut...katanya lebih kurang, pada mlm lailatul qadar maka allah gelunsur turun ke langit dunia...

mereka ini bercakap sekadar bunga bahasa ajer...jgnlah ditafsirkan kata2 orang secara harfiah, secara selapis ajer...itu hanya kiasan...

wahabi menolak sufisme...tapi nik aziz mengamalkan zikir2 tertentu dalam kehidupan sehariannya...

anonymous said...

Tunjukkan lah bukti NIK AZIZ tu ulamak.
Ramai yg kata NIK AZIZ tu ulamak.
AKU kata TIDAK.

KELAB PEMUDA JIWA LUKA said...

Ular mark adala..mengkafir sesama islam..cakap hari ni lain esok lain..

dhomnirhahs said...

patut yang mempertahankan nik ni tanya dan bagi bukti kukuh skali nik aziz ni ulamak ..

nik aziz ulamak ? hehe

Hafiz said...

Hanya mereka yang taksub sahaja akan butakan mata, pekakkan telinga,bisukan mulut.

semuanya kerana gula gula dan tipudaya mereka yang bertopengkan agama demi merealisasikan matlamat politik

Jil Fityan said...

Aku rasa pakLah dengan Najib adalah ulamak yang sebenar. Muhyiddin pulak ulamak yang tidak sebenar.Chedet pula adalah ulamak pencen.

Tapi dalam banyak-banyak ulamak, Rosmah Mansor lah antara ulamak muktabar.

:)

Hafiz said...

Jika mengkritik PAS sahaja terus dicop sebagai UMNO .

Mentaliti yang mengecewakan

latif2710 said...

Rosmah Mansor tu manusia yg paling bagus sekali. aku rasa org UMNO pon suka dgn Rosmah Mansor sbb dia suka abih kan duit rakyat berjuta Ringgit hanya utk shopping je. tapi org UMNO kata ok la tu. paling x nanti ada peluang jadi macam dia. sebagai rakyat Malaysia aku seronokkkk betul ada pemimpin mcm nih.. pakai duit rakyat x tanggung2.. aku pun seronok tgk dia berbelanja dpn mata aku. pastu tolong sewakan flight khas utk bawa kan brg perbelanjaan tuh balik Malaysia.. seronok betul...

cik-code said...

Jika nik aziz seorang ulama dia tidak akn mendoakan keburukan kepada orang(Najib) yang telah menolong dan melawati beliau ketika beliau sedang sakit teruk di hospital. PM kita sanggup meminta nik aziz diberi rawatan yg terbaik di hospital tetapi apabila beliau telah sembuh hanya celaka yg ada dimulut- itukah sifat seorang ulama? bukan istifar di mulut tapi celaka yg sentiasa di mulut nik ajis.....

Serie World said...

Saya bukan seorang yang berhujah rambang, maki hamun seperti kerap dilakukan UMNO..UMNO tak mengapalah politik dia memang macam itu.sekular yang amal politik suku agama suku..Agama UMNo tolak tepi,mana nak percaya pada Islam??Fakta pun berasakan syak wasangka dan nafsu syaitan je.

..contohnya,cuba tengok dalam isu royalti,setakat ni hampir semua individu yang terlibat dalam penubuhan Petronas, penggubalan Akta PDA dan juga Perjanjian Petroleum termasuk pakar Undang-Undang yang terlibat secara langsung dalam urusan Petroleum ni setuju dan bersama dengan Kerajaan Kelantan dalam Tuntutan Royalti Kelantan.Tun Salleh Abbas, Tuan Haji Hassan Ahmad, Tengku Razaleigh Hamzah, Nik Syaghir Nik Mohammad semua individu-individu ni adalah mereka-mereka yang berada on-board masa Petronas ditubuhkan dan masa Akta 1974 dan juga Perjanjian 1975 dimeterai.Tetapi UMNO-APCO mezalimi dan mengambil peluang memberi Wang Ihsan untuk kepentingan UMNO (juara rakyat) dan Kroni (JPP). Ini ke politik sekular diamalkan oleh UMNO?Tak tahu dosa pahalakah?DAH AGAMA UMNO TOLAK TEPI MANA TAKUT TUHAN.

Adakah UMNO masih mahu menafikan hak rakyat kelantan :

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Apakah niat dan motif tak mahu bagi royalti kepada kelantan sedangkan hak memang jelas?Apa niat tak mahu bagi royalti dan bagi Ihsan? Semamangnya ia adalah motif politik kotor UMNO yang “celaka” ini.Niat yang tak baik UMNO itu yang dimaksudkan PAS agar mengubah pemikiran UMNO ini dengan bagi royalti.Macam2 media arus perdana serang TGNA, tak pernah diberi TGNA untuk membela diri.”CELAKA” yang diucapkan oleh TGNA sangat lembut atas KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN UMCO kepada rakyat kelantan dan beliau sendiri.Jika taraf Tok Guru memberi imej “CELAKA” kepada UMNO menunjukan UMNO parti yang sangat teruk dan jijik.Mengapa kita nak sokong???

Wajib kita selidiki fakta dan jauhi dosa fitnah.Sebagaiman firman Allah (kalau UMNO nak ikut dan percayalah ) :

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

UMNO ZALIM!!SUDAH TERBUKTI JELAS DARI DULU SAMPAI SEKARANG!SAMA2 KITA BERDOA UNTUK HANCURKAN UMNO..

Serie World said...

Saya bukan seorang yang berhujah rambang, maki hamun seperti kerap dilakukan UMNO..UMNO tak mengapalah politik dia memang macam itu.sekular yang amal politik suku agama suku..Agama UMNo tolak tepi,mana nak percaya pada Islam??Fakta pun berasakan syak wasangka dan nafsu syaitan je.

contohnya,cuba tengok dalam isu royalti,setakat ni hampir semua individu yang terlibat dalam penubuhan Petronas, penggubalan Akta PDA dan juga Perjanjian Petroleum termasuk pakar Undang-Undang yang terlibat secara langsung dalam urusan Petroleum ni setuju dan bersama dengan Kerajaan Kelantan dalam Tuntutan Royalti Kelantan.Tun Salleh Abbas, Tuan Haji Hassan Ahmad, Tengku Razaleigh Hamzah, Nik Syaghir Nik Mohammad semua individu-individu ni adalah mereka-mereka yang berada on-board masa Petronas ditubuhkan dan masa Akta 1974 dan juga Perjanjian 1975 dimeterai.Tetapi UMNO-APCO mezalimi dan mengambil peluang memberi Wang Ihsan untuk kepentingan UMNO (juara rakyat) dan Kroni (JPP). Ini ke politik sekular diamalkan oleh UMNO?Tak tahu dosa pahalakah?DAH AGAMA UMNO TOLAK TEPI MANA TAKUT TUHAN.

Adakah UMNO masih mahu menafikan hak rakyat kelantan :

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Apakah niat dan motif tak mahu bagi royalti kepada kelantan sedangkan hak memang jelas?Apa niat tak mahu bagi royalti dan bagi Ihsan? Semamangnya ia adalah motif politik kotor UMNO yang “celaka” ini.Niat yang tak baik UMNO itu yang dimaksudkan PAS agar mengubah pemikiran UMNO ini dengan bagi royalti.Macam2 media arus perdana serang TGNA, tak pernah diberi TGNA untuk membela diri.”CELAKA” yang diucapkan oleh TGNA sangat lembut atas KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN UMCO kepada rakyat kelantan dan beliau sendiri.Jika taraf Tok Guru memberi imej “CELAKA” kepada UMNO menunjukan UMNO parti yang sangat teruk dan jijik.Mengapa kita nak sokong???

Serie World said...

Islam mengharuskan doa kejahatan kpd org yg menzalimi kita. Ini buktinya:
1) Doa Rasulullah saw yg momohon Allah SWT binasakan mereka yg
menzalimi Baginda dalam kisah perut unta yang diletakkan di atas badan
Rasulullah takkala Rasulullah bersolat di Kaabah. Nabi saw berdoa,
“Wahai Allah, binasakanlah Abu Jahil bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah,
Syaibah Bin Rabi’ah, Walid Bin ‘Uqbah, Umaiyah Bin Khalaf dan ‘Uqbah
bin Abi Mu’ith.” (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

2) Doa Rasulullah saw yang mendoakan agar matinya Uthaibah (anak Abu
Lahab). Uthaibah mendatangi Nabi saw dan mengatakan kata-kata yang
menyakitkan hati Rasulullah saw. Atas perlakuan itu, maka Rasulullah
saw telah berdoa kepada Allah SWT, agar mengirimkan anjing-anjing
Allah untuk membinasakan Uthaibah. Dan apa yang telah didoakan oleh
Nabi saw terhadap Uhtaibah itu benar-benar terjadi.

3) Doa Saidina Sa'id bin Zaid yang mendoakan seorg wanita tua, Arwa
binti Aus yang mendakwa tanah milik Saad adalah milik beliau. Saidina
Saad mendoakan agar wanita tua itu dibutakan matanya dan dimatikan dia
di tanah yg dia dakwa miliknya itu. (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

4) Doa Ummu Habibah (Ummul Mukminin) dalam kisah kelakuan biadap
seorang lelaki yang menyelak tabir semasa Ummul Mukminin itu berbicara
dgn Saidina Uthman Affan. Ummu Habibah mendoakan agar lelaki itu
terpotong tangannya.

5) Doa Saidina Hussain sebelum wafat dibunuh di Karbala, mendoakan
sipemanah yang memanahnya dibutakan mata dan terpotong tangannya.

6) Doa yang diajar oleh Rasulullah kepada seluruh umat Islam yang
dizalimi, Qunut Nazilah yang membawa maksud:
“Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher
musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu daripada
kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah-belahkan dan
kacau-bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada
mereka wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang penuh raksasa,
wahai Tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.”

Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:- 1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

Hadis riwayat Hakim - sanad sahih

3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi

Serie World said...

Islam mengharuskan doa kejahatan kpd org yg menzalimi kita. Ini buktinya:
1) Doa Rasulullah saw yg momohon Allah SWT binasakan mereka yg
menzalimi Baginda dalam kisah perut unta yang diletakkan di atas badan
Rasulullah takkala Rasulullah bersolat di Kaabah. Nabi saw berdoa,
“Wahai Allah, binasakanlah Abu Jahil bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah,
Syaibah Bin Rabi’ah, Walid Bin ‘Uqbah, Umaiyah Bin Khalaf dan ‘Uqbah
bin Abi Mu’ith.” (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

2) Doa Rasulullah saw yang mendoakan agar matinya Uthaibah (anak Abu
Lahab). Uthaibah mendatangi Nabi saw dan mengatakan kata-kata yang
menyakitkan hati Rasulullah saw. Atas perlakuan itu, maka Rasulullah
saw telah berdoa kepada Allah SWT, agar mengirimkan anjing-anjing
Allah untuk membinasakan Uthaibah. Dan apa yang telah didoakan oleh
Nabi saw terhadap Uhtaibah itu benar-benar terjadi.

3) Doa Saidina Sa'id bin Zaid yang mendoakan seorg wanita tua, Arwa
binti Aus yang mendakwa tanah milik Saad adalah milik beliau. Saidina
Saad mendoakan agar wanita tua itu dibutakan matanya dan dimatikan dia
di tanah yg dia dakwa miliknya itu. (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

4) Doa Ummu Habibah (Ummul Mukminin) dalam kisah kelakuan biadap
seorang lelaki yang menyelak tabir semasa Ummul Mukminin itu berbicara
dgn Saidina Uthman Affan. Ummu Habibah mendoakan agar lelaki itu
terpotong tangannya.

5) Doa Saidina Hussain sebelum wafat dibunuh di Karbala, mendoakan
sipemanah yang memanahnya dibutakan mata dan terpotong tangannya.

6) Doa yang diajar oleh Rasulullah kepada seluruh umat Islam yang
dizalimi, Qunut Nazilah yang membawa maksud:
“Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher
musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu daripada
kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah-belahkan dan
kacau-bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada
mereka wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang penuh raksasa,
wahai Tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.”

Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:- 1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

Hadis riwayat Hakim - sanad sahih

Serie World said...

saya harap saudara dapat fahami tersirat dan tersurat apa TGNA sampaikan..Jika saudara mungkin tak takut akan dosa fitnah kerana keberanian saudara berhujah mengambil sekerat sahaja ayat TGNA bukan satu text buku tersebut!!!Sama media arus perdana menggunakan dan memotong perkataan TGNA untuk mengelirukan rakyat dan dimanipulasi oleh media seperti isu maulud nabi,tuhan samseng,mencarut dll..pernah bersemuka dgn TGNA??Kenali beliau..Saudara tuduh TGNA wahabi jadi UMNO tu ASWJ..sebab tu kita tengok bini PM sejak dulu lagi tudung x tahu letak mana..jgn jadi mcm UMNO duk tentang TGNA yang memperjuang dasar islam..saudara ni islam ke??

aqmal said...

yg x tahan ada gak ckp pak lah & najib tu ulamaq..ulamaq mana besalam dgn perempuan bkn muhrim..perihal nik aziz ni..bkn perkara baru tapi kalau nk discuss bkn disini..perlu muzakarrah antara sunni & wahabi..kita yg bwh2 ni cetek ilmu jgn tafsir sbrgn dan mngeluarkan fatwa sendiri. ana lebih selesa dgn ulamaq habaib/ahlul baits. dari ulamaq umno atau mana2 parti..yg ni hanya perasaan sanubari..walluhu 'alam

Ibnu Amin Razip al-Bayani said...

Salam..ada jual lagi tak buku tafsir surah yunus karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ni???saya nk beli......