Disediakan oleh;
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Firman Allah SWT:
Kebenaran itu adalah bilamana seseorang itu bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Hadits, juga Ijmak ulamak. Tetapi bila seseorang rebah dek kerana harta benda, lantas tidak lagi memandang kepada kebenaran, sanggup bersetongkol dengan golongan Al-Wahhabiyah untuk mendapatkan kemasyhuran, mencari populariti ramai, ketika itu beliau bukan lagi sandaran bagi umat Islam. Bahkan beliau sendiri menjadi musuh di dalam selimut yang menikam di sebalik tabir. Cinta dunia sebegini ibu segala kejahatan, kerana tamak haluba kepada harta benda dan populariti sanggup seseorang itu menggadai agama tercinta kepada golongan al-Wahhabiyah. Maka tidak pelikla kalau selama ini kenapa Wahbah Zuhaily sering berulang-alik ke Saudi Arabia dan boleh mempunyai hubungan yang erat dengan Masyayiekh Wahhabiyah di sana.
Kebenaran tetap kebenaran. Janganlah kita mencintai seseorang itu sebelum ditimbang dengan neraca syarak segala perbuatan, iktiqod dan berbuatannya. Itulah pesanan kebanyakan guru-guru hamba di pondok. Perbincangan berkaitan dengan topik kali ini memerlukan dada yang lapang tanpa bersikap taasub kepada mana-mana pihak. Keluarnya Al-Wahhabiyah dari kelompok Ahlus Sunnah Wal-jama'ah adalah sesuatu yang mashyhur dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Oleh itu, pandangan Wahbah Zuhaiy ditolak oleh Ulamak-ulamak Islam, kerana sayz beliau dari ulamak-ulamak yang muktabar yang berjuang menjaga keutuhan dan kelestarian Akidah Islamiyah.
Sikap yang amat mengecewakan,Wahbah Zuhaily memuji dan menggelarkan Muhammad Bin Abdul Wahhab sebagai Mujaddid "secara zuran wa buhtanan". Wahbah Zuhaily mengatakan didalam kitabnya ini bahawa Muhammad Abdul Wahhab sebagai "Ketua Pembangunan dan Pembaharuan Agama yang amat dinanti-nantikan"( Za'im An-Nahdhothi Ad-Diniyyaty al-Ishlaahiyyaty Al-Muntazhor". Muhammad Abdul wahhab pada tanggapan Wahbah Zuhaily sebagai orang yang memperbetulkan akidah Islam (ala za'mihi). Padahal yang sebenarnya Muhammad Abdul Wahhablah yang telah mengkafirkan Umat Islam secara keseluruhannya. Cuba lihat di dalam kitab Kash Syubuhaat.
Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan W 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Humaid menyatakan dalam kitabnya “ Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: “ Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik ”.
عنده كتاب يسمى : مدى تأثر الدعوات الإصلاحية بدعوة الشيخ محمد بن عبد الوهاب.
((PENGARUH SERUAN-SERUAN PEMBAHARUAN ISLAM OLEH MUHAMMAD BIN ABD WAHHAB))
OLEH WAHBAH ZUHAILY,
SALAH SEORANG TENAGA PENGAJAR FIQH DAN USUL FIQH,
DI KULIYAH SYARI'AH UNIVERSITI DAMSYIQ
KANDUNGAN KITAB :
MUQADDIMAH.
-DARIPADA MANAKAH MUHAMMAD ABD WAHHAB MEMULAKAN DASAR-DASARNYA, ATAU BAGAIMANAKAH SEMPURNANYA PEMBENTUKAN SYAKHSHIYYAH.
-DAN BAGAIMANA CARA PEMBAHARUAN DISISINYA.
-PENTAKSISAN DASAR-DASAR YANG DISERU OLEH MUHAMMAD ABD WAHHAB DAN MENGISLAMISASIKANNYA.
-KEMBALI KEPADA ISLAM IAITU KEPADA PERMULAAN ISLAM.
-MENGIKHLASHKAN TAUHID DARIPADA KESYIRIKAN.
-MENGINKARI TAWASSUL DENGAN PARA WALI DAN PARA ULAMAK SOLIHIN.
-MEMBENTERAS BIDA'AH DAN KHURAFAAT..
kitab ini dibentangkan bersama panel-panel Wahhabiyah yang lain seperti ;
-Bin Baz
-Soleh Usaimin
-dan lain-lain
Perbentangan untuk mengagungkan Muhamad Abdul Wahhab dengan slogan merayakan " Minggu Muhammad Abdul Wahhab". bertempat di Riyadh, Saudi Arabia di bawah kelolaan University Islam (alaza'mihi) Muhammad Ibn Sa'ud Al-Islamiyah. Kitab Wahbah Zuhaily ini di terbitkan dan dilampirkan dengan kitab-kitab Pembentang yang lain, kemudian dijadikan sebuah kitab besar yang berjudul " Buhuts Minggu Muhammad Abdul Wahhab" sebanyak dua jilid. Tajuk perbentangan Wahbah Zuhaily dimuatkan pada jilid yang kedua. Mari sama-sama lihat...
Inilah antara sebab kenapa Wahbah Zuhaily mencemburui Ahbash ( nama yang diberikan oleh golongan al-wahhabiyah, mereka sebenarnya adalah pengikut Abul Hasan Al-Asy'ary dan bermadzhab Syafie). Bila mana hati sudah cenderung dengan golongan Al-Wahhabiyah sedikit sebanyak akan menentang Ahlus- Sunnah Wal-jamaah. Tetapi berselindung dan bersembunyi di sebalik celahan jutaan Umat Islam yang melata. Peluang beginilah yang digunakan oleh Abu SyuAib Al-Kazzab ( Khairul Anwar bekas pelajar UIAM yang taasub dengan fahaman Wahabi) untuk mentohmah dan memfitnah Muhaddits Syeikh Abdullah al-Harary Al-Habasyi di dalam majalah i. Kitab upacara merayakan "Minggu Muhammad Abdul Wahhab ini" ada dengan penulis..sesiapa yang ingin kebenaran, bersedia berlapang dada boleh dapatkan dengan beberapa syarat dan prosedur tertentu..insyaAllah..Disediakan oleh;
al-faqir Ila Allah :
http://www.abu-qusyairy.blogspot.com/
abuqusyairy@yahoo.com