AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR
Allah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين
Yang bermaksud : “ wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” .(Al Hujurat ayat 6)
Allah juga Berfirman :
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al Israk 36).
Allah berfirman:
“Wajiblah ada di antara kamu suatu tempat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang yang berjaya (bahagia).” (ali-Imran: 104)
Berfirman Allah Ta’ala lagi:
“Kamu sekalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.” (ali-Imran : 110).
.
Ayat tersebut menunjukkan bahwa tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar itu paling utama sekali kerana Allah telah memberi kepujian kepada orang yang menjalankan tugas ini, sebagai sebaik-baik ummat di atas muka bumi ini.
.
Allah berfirman ;
.
“Dan tolong-menolong kamu atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)
Perintah ini adalah suatu kemestian dan maksud tolong-menolong itu ialah mengajak melakukannya dan mempermudahkan jalan kepada melakukan kebajikan serta menutup jalan-jalan yang boleh menyampaikannya kepada kejahatan, dan permusuhan sekadar kemampuan.
.
Ketahuilah, bahawasanya amar ma’ruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah melakukan kejahatan) adalah puncak tertinggi dalam agama. Ia merupakan suatu soal yang amat penting sekali, yang kerananya Allah s.w.t. telah mengutuskan para Nabi sekalian. Andaikata tugas ini dilengahkan dan segala jentera amar ma’ruf dan nahi munkar itu dicuaikan, sama ada dalam ilmu pengetahuan mahupun amalan, tentulah kesesatan bermaharajalela dan kejahilan terus akan melanda setiap orang, dan ketika itu negara akan menjadi rosak binasa manakala rakyatnya menjadi kacau bilau.
.
KEADAAN UMAT ISLAM YANG TERGUGAT
Fenomena politik yang meruncing hari ini adalah peluang baik bagi golongan wahhabi di Malaysia untuk menyebarkan dakyah mereka melalu pelbagai saluran sama ada media masa atau media cetak. Pelbagai teknologi yang canggih pada hari ini telah digunakan semaksimum mungkin oleh mereka supaya seruan membawa fahaman itu ke peringkat kenegaraan lantas menjatuhkan dan melemahkan kesatuan rakyat dan umat islam itu sendiri.
.
Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah nama yang amat dikenali oleh penduduk Kelantan. Selain memegang jawatan sebagai memteri besar beliau juga merupakan tokoh agamawan. Beliau senbenarnya bukan berpendidikan pondok tetapi bekasan pelajar universiti Darul Ulum India kemudian menyambung pengajian di Al-Azhar. Seawal kepulangan beliau daripada timur tengah beliau tidak berserban tetapi selepas dinasihatkan dan memandang perkara tersebut boleh menambat hati rakyat Kelantan, beliau memakainya sehingga sekarang. Beliau pernah menyifatkan pendidikan pondok sebagai jumud dan "berada dibawah tempurung".
KETERLIBATAN NIK AZIZ DALAM AKIDAH TASHBIH DAN TAJSIM
.
Perseolannya benarkah beliau merupakan seorang ulamak??.
Untuk menjawab soalan itu mari kita lihat kitab hasil karya beliau ;
.



Bukti kitab di atas benar-benar menunjukkan Akidah Nik Abdul Aziz Nik Mat benar-benar menyeleweng daripada ajaran agama Islam yang sebenar..
Cuba perhatikan betul-betul kata Nik Abdul Aziz Nik Mat ini ;
" Kalau diterjemah cara kampung istawa ertinya duduk bersila seperti saya duduk bersila sekarang ; di panggil istawaitu aku duduk bersila. Tuhan cakap lepas daripada buat langit bumi, Aku duduk bersila di atas Arasy itu kalau bubuh makna cara kampung tetapi jangan di ulang-ulang takut di marah orang ".
Kitab inilah antara kitab paling mentashbihkan tuhan dengan makhluknya yang pernah penulis jumpa..karangan NIK AZIZ NIK MAT.
Mari kita lihat apa kata ulamak bagi mereka yang beriktiqod Allah duduk ;
AL-WAHHABIYYAH MUJASSIMAH MUSYABBIHAH KElUAR ISLAM SECARA IJMA’
Thoib..disini penulis nukilkan sedikit sahaja (ada dengan penulis berlambak lagi) dari ulama’-ulama’ yang menghukumkan Al-Wahhabiyah Mujassimah dan Musabbihah sebagai keluar dari ajaran islam secara ijma’, antaranya ialah ulama’ulama’ Mazhab yang empat, Imamuna Abu Hasan Al-Asy’ary, dan tidak lupa setengah daripada ulama’-ulama’ tanah air kita yang tercinta.
1. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Asy-Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan : “ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”. Kenyataan Imam Asy-Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Asy-Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah. Imam Asy-Syafie rahimahullah turut mengkafirkan orang yang berakidah ' Allah Duduk'. Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi wa Rajmul Mu'tady menukilkan dari Al-Qodi al-Husain bahawa Imam Asy-Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk di atas arasy maka dia KAFIR ”.
2. Mari kita lihat pandangan ulama’ Hanafi. Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafiy menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah : “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.
3. Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hanbal dan para ulama mazhab Hanbali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan : “ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”.Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hanbali yang masyhur. Manakala seorang ulama mazhab Hanbali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqiy Al-Hanbaliy dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan : “ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.
4. Begitu juga Imam al-Maliky dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah. Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah : “ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Asy-Syafie, Imam Maliky, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.
5. Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir : “ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” . Kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud : “ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya”.
HUKUM ORANG YANG BERI’TIKOD ALLAH DUDUK DAN MEMPUNYAI TEMPAT
Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani rahimahullah
Syeikh Daud bin Abd Allah Al-Fathani (wafat 1265H/1297H) dalam kitab Al-Jawahir Al- Saniyah m/s 6 mengatakan: “ Dan barangsiapa mehinggakan zat Allah Ta’ala pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah Ta’ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.”
Syeikh Nur Al-Din Al-Rahiri rahimahullah
Syeikh Nir Al-Din Al-Rahiri berkata kitab Sabil Al Muhtadin jilid 1 m/s 203 : “ Tiada sah mengikut bid’ah yang jadi kafir seperti mengiktikadkan bahawa Allah Ta’ala itu tiada mengetahui akan juz’iyat dan ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan ba’ath dan hasyr dan demikian lagi kaum mujasimmah dan yang mengiktikad bahawa Allah Ta’ala berjihah”.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari rahimahullah
Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (wafat 1227H) dalam kitab Sabil Al Muhtadin jilid 2 m/s 37 berkata: “Adapun yang jadi kafir dengan bid’ahnya seperti yang beriktikad bahawa Allah Ta’ala tiada mengetahui akan segala juz’iyat dan yang ma’dum dan yang munkir(mengingkari) akan bangkit dari dalam kuburdan berhimpun di Mashyar dan demikian lagi kaum mujassimah dan yang berikitikad bahawa Allah Ta’ala berjihah maka tiada sah mengikut mungkin dia seperti sekalian kafir yang lain.”.
Al-Faqir ilallah;
http://www.abu-qusyairy.blogspot.com/
abuqusyairy@yahoo.com